Langkau ke kandungan

Saya boleh ringankan beberapa kerja bos.

Castling: Ini cara saya reply ikut gaya bos, berundur bila bos patut ambil alih, dan ingat butiran yang buat customer rasa dikenali.

Saya jawab macam bos jawab.

Bukan template. Saya belajar dari chat lama bos sendiri, dan setiap reply tetap bawah kawalan bos.

Bos: Betul ke bunyi macam saya?

Saya belajar gaya chat bos.

Saya baca chat lama dengan customer: cara bagi salam, singkatan yang selalu guna, panjang pendek ayat. Lepas tu saya reply dengan gaya yang sama.

  • Ikut bahasa customer: BM, English atau campur
  • Pendek dan santai, kalau memang biasa chat macam tu
  • Takde ayat skema macam bot
Aina minta kad sekali dengan bunga mawar; draf assistant jawab ringkas dan mesra, dengan jumlah harga, dan butang Send, Edit, Dismiss kat bawah.
Draf ikut gaya kedai sendiri. Hantar, edit atau buang.

Bos: Kalau customer marah macam mana?

Saya berundur, panggil bos.

Refund, komplen, atau soalan yang saya tak pasti: saya tak main teka. Chat tu terus masuk pada bos dengan sebab ringkas, dan saya diam kat situ sampai bos jawab.

  • Alert dengan sebab satu baris
  • Saya berhenti dalam chat tu sampai bos balas
  • Bos set apa yang saya tak boleh janji
Encik Rahman kata bunga sampai dah layu dan minta refund; bar atas kotak mesej tulis chat ni dah diserahkan dan AI tunggu sampai disambung semula.
Minta refund: saya berundur dan tunggu bos.

Bos: Customer tetap, dia ingat tak?

Semua saya ingat.

Order biasa, bila last datang, apa yang dah dijanji. Semua tersimpan ikut customer, jadi takde siapa perlu cerita dari awal.

  • Nota disimpan lepas setiap chat
  • Saya faham gambar yang customer hantar
  • Edit atau buang nota bila-bila
Senarai “What the AI remembers” untuk Aina: bunga peony untuk birthday mak dia, hantar ke Shah Alam sebelum tengah hari, anniversary bulan November, order terakhir 12 kuntum mawar merah.
Apa yang saya ingat pasal Aina. Edit atau buang bila-bila.

Bos: Yang lain-lain pula?

Benda lain yang saya buat

  • Tarik balik reply

    Batal reply sebelum keluar, atau edit lepas hantar, dalam 15 minit yang WhatsApp bagi.

  • Ikut peraturan bos

    Tulis macam biasa cakap: “Diskaun max 10%”, “Pos Selasa & Khamis je”. Untuk satu nombor atau satu chat.

  • Jaga kesihatan nombor

    Untuk nombor yang link guna QR: skor kesihatan dan tips apa nak elak, supaya risiko kena ban lebih rendah. Bukan jaminan 100%.

  • Cakap macam orang Malaysia

    “bro ada size L tak, nak yang black” pun saya faham, dan jawab ikut gaya yang sama.

Panel “AI in this chat”: Manual, Draft dan Auto, dengan Draft dipilih, dan peraturan chat ni “Max 10% discount. Delivery only Tuesday and Thursday.”
Manual, Draft atau Auto, dan peraturan ikut ayat sendiri.